Isnin, 6 Julai 2015

Morhabshi dalam packaging baru! Telah diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk tempahan 016 857 6778, 30 ml - RM 20 sahaja

Ahad, 10 Mac 2013

Tawaran menjadi ejen Morhabshi sekitar Kuching...

Kepada sesiapa yang berminat untk menjadi ejen Morhabshi sekitar Kuching, sila hubungi saya di talian 016-8576778. Minimum pembelian ialah 10 botol berkuantiti 30 ml. Cepat! Ini adalah peluang perniagaan dan cara mudah untuk menjana kewangan anda insya Allah.

Sabtu, 12 Mei 2012

Assalamualaikum semua, sukacita dimaklumkan bahawa Minyak Morhabshi telah mengalami ledakan penjualan yang amat hebat pada ketika ini. Begitu ramai yang telah menggunakan produk ini disebabkan keberkesanannya dalam merawat beberapa penyakit dengan izin Allah. Minyak Morhabshi juga telah tersebar seluruh Malaysia dan ramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan produk ini. Apa yang lebih menggembirakan lagi ialah Morhabshi telah menggunakan packaging dan juga mempunyai kuantiti atau isipadu yang baru iaitu 30 ml, 60 ml dan 115 ml. Morhabshi juga telah pun mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran NOT110703273K. Ini tentu menambahkan lagi keyakinan para pelanggan kami mengenai tahap keselamatan dan mutu Minyak Morhabshi. Berikut merupakan harga baru untuk seunit Minyak Morhabshi. 30 ml - RM12 untuk Semenanjung, RM15 untuk Sabah dan Sarawak 60 m - RM20 untuk Semenanjung, RM23 untuk Sabah dan Sarawak 115 ml - RM35 untuk Semenanjung, RM38 untuk Sabah dan Sarawak PESANLAH SEKARANG! Pembelian Secara SMS Gunakan handphone anda dan mulakan pesanan dengan SMS. Taip MYR diikuti NAMA ALAMAT dan JUMLAH Contohnya : MYR Salim Bachok, No171 Felda Jengka 8 26400 Jengka Phg (4 botol) Sila hantar sms anda kepada 019-4401944 untuk pesanan Harga seunit minyak Morhabshi 115 ml cuma RM35.00 WM / RM38.00 EM Untuk penghantaran sila tambah RM5.00 WM & RM10.00 EM < 500gm menggunakan Poslaju

Ahad, 13 Mac 2011

Tempahan Morhabshi!

Khasiat Minyak Morhabshi mujarab untuk mengubati penyakit:-

“Minyak apa ni?” tanya seorang sahabat ketika saya unjukkan sebotol minyak Morhabshi padanya.KSK

“Inilah Minyak Morhabshi, ramuan daripada datuk saya.” jawab saya sambil tersenyum.

“Apa kegunaannya?” sahabat yang juga merupakan sorang penceramah bebas itu bertanya, mungkin untuk mengambil hati saya.

“Macam-macam ada…” kata saya berlucu. “Nak besarkan... nak tambah power... semua boleh.“ sambung saya lagi sambil gelak-gelak kecil. TST

Sebenarnya, walaupun nampak bergurau namun ada kisah benar di sebaliknya. Minyak Morhabshi pernah dijual secara agresif di sekitar Pulau Pinang beberapa tahun dahulu. Jualan kami antara 500-1000 botol sebulan di negeri tersebut kerana agen kami rajin menyertai pelbagai ekspo jualan.

Namun tiba-tiba jualan merosot mendadak. ‘Jatuh merudum’, kata orang utara. Apabila kami siasat, rupa-rupanya terdapat minyak Morhabshi tiruan di pasaran dan dijual dengan lebih agresif, termasuk di pasar-pasar malam. Agen tunggal kami kalah persaingan. Maklumlah, beliau hanya seorang diri sedangkan 'mereka' bergerak dalam kumpulan. Saya pernah tanyakan samada agen saya itu mengenali pihak yang membuat minyak tiruan tersebut. Beliau tidak mengenali mereka tetapi masih ingat yang mereka pernah membeli Minyak Morhabshi daripadanya. KSK

Para penjual ‘minyak Morhabshi’ tiruan tersebut mendakwa bahawa minyak tersebut amat bagus untuk meningkatkan hubungan kelamin. TST. Ternyata kempen mereka berkesan.

“Eh, kenapa tak ambil tindakan? Awak boleh saman tu.” tingkah sahabat tadi apabila saya ceritakan padanya.KSK

“Dari segi undang-undang memanglah boleh. Namun arwah datuk saya telah memasukkan ramuan minyak Morhabshi ini dalam kitab yang ditulisnya (Attibbi Walhikmah) dan sesiapa yang memiliki kitab tersebut secara sah sudah tentu berhak menggunakan mana-mana resepi di dalamnya. Memang itupun tujuan arwah datuk saya menulis buku tersebut, yakni agar warisan tersebut tidak lupus begitu sahaja.“ saya menjelaskan.

“Cuma... ramuan yang terdapat di dalam kitab tersebut hanya mengandungi 17 campuran manakala Minyak Morhabshi yang kami keluarkan sekarang mengandungi lebih 30 campuran herba. Arwah datuk kami ada cara tersendiri bagi menjaga kepentingan anak-cucunya.“ saya membuka rahsia. KSKTST

Sebagai ’buah tangan’ saya berikan sebotol Minyak Morhabshi kepada sahabat itu. KSK

Beberapa bulan kemudian, saya bertemu dengan seorang sahabat lain. Oleh kerana sudah agak lama tidak bertemu maka sebaik melihat saya beliau terus meminta untuk membeli beberapa botol Minyak Morhabshi kerana simpanannya sudah hampir habis. Beliau adalah pelanggan tetap Minyak Morhabshi sudah hampir 3 tahun. Apa yang dibuatnya, saya tidak tahu. TST

“Eh, engkau tahu, ada kawan kita dah salahgunakan minyak engkau ni?“ katanya sambil ketawa kecil. KSKTST

“Kenapa?“ tanya saya, suspen.

“Engkau ada bagi dia Minyak Morhabshi, kan? Dia dah ’guna kat tempat lain’ sampai isteri dia tanya: “abang pakai ubat apa ni? Selalunya tak ‘power’ macam ni…” cerita sahabat saya itu sambil gelak-gelak kecil. KSKTST

Saya turut ketawa mendengar cerita itu. Sementara itu dalam hati saya gembira kerana Minyak Morhabshi telah mendatangkan pelbagai manafaat kepada para pengguna. KSKTST

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sebenarnya Minyak Morhabshi adalah minyak serbaguna.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur, dan lain-lain berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal, sakit gigi, cirit birit dan lain-lain.

(Ramuan lengkapnya turut dimuatkan dalam kitab 'Attabib Walhikmah').

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA.

Berikut adalah penyakit yang dikenalpasti sering disembuhkan menggunakan Minyak Morhabshi:

histeria
dirasuk syaitan
sihir (buatan orang)
santau
bayi 'diganggu'
bayi 'kembung'
sawan tangis
pusat bayi (agar mudah tanggal)
batuk
lelah/asma
sakit gigi
senak
cirit birit
kanser (luar)
kayap
kurap
gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)

luka/pendarahan (luar dan dalam)
kudis
bisul
melecur terkena api atau air/minyak panas
gigitan serangga & binatang bisa stroke, kebas kaki tangan, lenguh

dan sebagainya...

Minyak Herba Morhabshi adalah Minyak Serbaguna

Dijamin Halal, bebas bahan kimia dan boleh dititik dalam air suam untuk diminum bagi merawat penyakit dalaman.


Pakej Harga Untuk Sabah dan Sarawak
Sukacita dimaklumkan kepada semua pelanggan bahawa Minyak Morhabshi sekarang telah pun mempunyai packaging baru dan kandungan isipadu yang baru juga. Berikut merupakan harga baru untuk Minyak Morhabshi. Pek 30 ml RM12 sebotol Pek 60 ml RM20 sebotol Pek 115 ml RM35 sebotol



Jika anda ingin membuat tempahan, sila SMS (016 857 6778)

1. Taipkan NAMA dan ALAMAT anda
2. Taipkan Pakej yang anda mahu

Contoh SMS Encik Manaf bin Saleh:

Manaf Saleh, No 6 Jln Duyong, Permatang Duyong 75460 Melaka (Pek D)


Bank-in kan bayaran anda ke CIMB

11050075362529 (Asri bin Sapiee)

Rabu, 2 Mac 2011

Pengenalan Morhabshi

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Apa itu Morhabshi?

Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:

Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi

Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.

Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu


Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Di situlah bermulanya rahsia Minyak Morhabshi.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.


TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Rujukan

Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.
http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM) , Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi

Pesan sekarang

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Siapa Pengasas Minyak Herba Morhabshi?

Beliau adalah Ustaz Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.

Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan alternatif dan salah satu daripadanya ialah kitab "Al-Tabib Walhikmah". Sebuah lagi kitab (bertulisan Jawi) tidak ada dalam simpanan kami, justeru kami tidak akan mengulasnya.

Kitab "Al-Tabib Walhikmah" mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan. Kami tidak ada sebarang masalah untuk berkongsi kitab tersebut dengan anda.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Siapa kami?

Kami adalah pewaris generasi pertama dan kedua kepada Almarhum dan ditauliahkan untuk meneruskan pengeluaran Minyak Morhabshi. Malah kami telah memulakan pengeluaran dan pengedaran sejak 20 tahun yang lalu di bawah pengawasan almarhum yang merupakan nenda kami. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2004.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Minyak Morhabshi (1957):

Pastikan Sentiasa Bersama Disaat Memerlukan

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Minyak Morhabshi memang istimewa dan memang patut disimpan di rumah, di tempat kerja, dan di dalam kereta kerana kita tidak tahu bilakah kita akan memerlukannya. Lihat testimoni para pengguna produk herba ini.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Beberapa testimoni pelanggan Morhabshi...

Stroke dan Kebas Sebelah Badan

Nama : Normala Binti Md Desa email : mala.desa63@gmail.com Alamat : No 34,Lorong Mahsuri 4,Taman Mahsuri,11950,Bayan Baru,P.Pinang Telepon : 0135167414 Blog: http://cikgumala.blogspot.com Saya telah mengalami kemalangan jalanraya pada awal Mei lalu yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan kesan dari kecederaan itu saya telah mengalami kebas dan lemah pada separuh dari tubuh saya sebelah kanan, dan setelah merujuk pada pakar dinyatakan saya menghidapi serangan strok TIA yang menyebabkan kesakitan dan kebas beberapa kali dalam tempoh 24 jam. Pada petang 24 Julai yang lalu saya menerima pesanan minyak morhabshi dan terus menggunakannya dengan mengurut bahagian sebelah badan yang kebas. Subhanallah...selepas solat Maghrib kesan kebas pada bahagian badan saya terasa beransur kurang. Sehingga kini saya teruskan rawatan mengurut sendiri bahagian badan saya dengan minyak Morhabshi. Kesan kebas dan lemah terasa berkurangan dan saya akan menjalani ujian ct scan pada 29 Julai ini mengikut jadual temu janji dengan doktor dan tak sabar untuk mengetahui perkembangannya.

Normala Binti Md Desa - Pulau Pinang



BARAH HATI

saya adalah pengamal perubatan tradisional. baru-baru ini saya dikunjungi pesakit barah hati yang kronik!! terlintas dihati saya ingin mencuba kemujarapan minyak morhabsi!!! lantas saya menyuruh pesakit tersebut menggunakan minyak tersebut dengan menitikkan minyak morhabshi lima titik kedalam air suam kemudian diminum airnya 3x sehari. ALHAMDULILLAH...nampak amat ketara perubahannya selepas 2 minggu dia mengamalkan seperti yang saya anjurkan, sehingga DOKTOR merasa hairan!!!

samsudin bin ibrahim - terengganu

Sakit Gigi

Minyak morhabshi ini sungguh berkesan untuk sakit gigi. Saya pernah mengalami sakit gigi di tengah malam sehingga berair mata menahannya. Alhamdulillah, saya segera teringat pada minyak morhabshi yang memang telah lama keluarga saya gunakan. Saya mencelup secebis kapas ke dalam minyak ini dan menyumbat ke dalam gigi yang berlubang. Malam itu saya boleh tidur lena dan bercadang utk ke klinik esoknya. Namun, sakit itu terus hilang dan tak pernah berulang. Alhamdulillah.

azura - Pahang



Minyak morhabshi yang BAGUS....

Sebelum Aidilfitri 2009 saya telah pun membuat pembelian minyak morhabshi ini dan telahpun menggunakannya. Saya juga telah memberi beberapa botol kepada kawan saya dan beliau telah memberikannya kepada datuk dan adik beliau yang mana datuk beliau mengalami sakit kaki yang tidak dapat dibengkokkan... alhamdullillah sebaik sahaja meyapu bahagian lutut tidka berapa lama kaki dapat dibengkok dan dapat bergerak dengan lebih baik. Adik beliau pula telah menitikkan minyak morhabshi ini ke atas gigi yang sakit dan alhamdulillah gigi beliau tidak berasa sakit lagi...Terima kasih kepada Cikgu Man atas minyak morhabshi ini dan kesyukuran atas limpah kurnia ALLAH SWT atas nikmat dan khasiat alam yang tiada bandingannya.

MD NIZAM BIN HASHIM - D

Lihat testimoni penuh.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tahniah cheguman kerana berjaya memasarkan morhabshi melalui internet. Kami lebih mudah mendapat bekalan sekarang berbanding dulu. Alhamdulillah saya baru mendapat cucu lagi dan kiriman cikgu telah diterima sebelum raya. nampaknya cukup serasi dengan cucu baru saya ni.

Puan Aminah - Johor

Lihat testimoni penuh.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Alhamdulillah,minyak moharbshi sangat mujarab untuk kegatalan kulit akibat alahan baik alahan makanan ataupun peluh(heat rashes). Begitu juga untuk bisul dan jerawat akan mengecut dengan cepat. Tidak menjadi masalah kita sapu berulangkali pada tempat yang gatal sebab ia tiada kesan sampingan berbanding ubat sapuan doktor yang meninggalkan kesan tompok pada kulit terutama pada kulit muka selain kesan sampingan steroid. Selain itu minyak ini juga mujarab untuk sakit gigi,titikkan pada gigi yg sakit,insyaAllah sakit gigi hilang. Begitu juga untuk sakit perut,baik apa juga sakit perut termasuk senggugut,insyaAllah. Botol minyak moharbshi yg kecil dan diperbuat daripada plastik memudahkan kita untuk membawanya kemana-mana sebagai teman disaat kecemasan...

Puan Maymot - Johor